20 July 2011

awchhhh....comel ker??





Try the new flavor (mocha).... juga mencuba membuat truffle =). so far berjaya!! hope dapat improve kan lg coklat neh....

19 July 2011

moist chocolate cake!!












promotion!!! moist chocolate cake yg sagt sedap (dijamin jatuh cinta!!)... bg yg pinginkan menu special untuk hari raya boleh la mencuba cake ini...lai...lai...lai....

21 June 2011

Makna di sebalik coklat (so..mn satu coklat kamu??)

Pelbagai mitos yang telah kita dengar berkaitan dengan coklat, Sejak dari kecil ibu melarang kita makan coklat kerana dikhuatiri akan merosakkan gigi kerana faktor "manis" dari coklat tersebut. Bila berganjak remaja, ramai yang mengatakan coklat boleh menggemukkan dan menyumbang ke arah masalah jerawat!PERCAYALAH semua itu hanyalah mitos semata-mata!... tiada makanan lain yang mampu menandingi keenakan coklat. Rugi sekiranya kamu tidak menikmati kelazatan coklat itu dari sekarang! Coklat yang bagaimana kamu gemari?

PILIH COKLAT WARNA PUTIH(white chocolate) , HITAM (dark chocolate) @ CAMPURAN (milky chocolate)

Coklat warna putih
Kamu memiliki semua kekuatan untuk menakluki dunia. Sayangnya kadang kala kamu seakan ragu-ragu untuk membuat keputusan. Padahal, jika kamu tahu apa yang ingin kamu capai, pintu kejayaan terbuka untuk kamu.

Coklat susu
Kamu suka kepada keindahan dan peka terhadap apa yang kamu lihat. Bagi kamu, mengenang masa lampau dan mengingat kembali saat-saat indah sewaktu kecil mampu membuat semangat kamu berkobar-kobar.

Coklat hitam (Dark Chocolate)
Kamu berpandangan jauh. Pandangan dan cadangan yang kamu kemukakanselalunya 'up-to-date'. Kamu sentiasa berusaha untuk tampil lain dari yang lain. Selain itu, kamu juga gemar mengumpul barang-barang pemberian orang.

Coklat campuran (semua rasa)
Kamu seorang yang fleksibel. Kamu tergolong antara individu yang kaya dengan wawasan, mudah bagi kamu mengikut peredaran zaman. Kamu tidak ingin diri kamu jauh tinggal di belakang.

BENTUK COKLAT PILIHAN ANDA?

Bulat
Penggemar coklat berbentuk bulat menunjukkan dia seorang yang menggemari kehidupan sosial. Individu yang tergolong dalam kelompok ini memiliki ramai kawan kerana sikap mereka yang peramah dan mudah didekati. Selain itu kamu juga tergolong antara pendengar yang baik sehingga ada yang menjadikan kamu sebagai tempat curahan rasa hati. Sayangnya, kerana terlalu ingin menyenangkan hati orang lain kamu sering terjebak dalam masalah mereka sehingga kamu sendiri lupa yang masalah peribadi kamu sendiri masih belum diselesaikan lagi. Kamu juga tergolong antara individu yang tidak setia dengan pasangan kamu. Kamu dikatakan gemar "cuci mata".

Bujur
Kamu tergolong antara individu yang bijak bergaul. Jaringan pergaulan kamu amat luas kerana kamu mudah berinteraksi dengan sesiapa sahaja walau dalam apa jua keadaan. Idea-idea yang lahir dari pemikiran kamu
 memang boleh diterima pakai dan sememangnya bernas! Kamu juga berwawasan tinggi dan ini disanjungi oleh teman-teman sekeliling. Dalam perhubungan pula, kamu tidak ragu-ragu untuk mencari teman baru sekiranya si dia dirasakan agak membosankan.

Kotak
Setia, gemar merendah diri dan romantis adalah sifat kamu. Kerana sikap romantis kamu itu, tidak hairanlah pasangan kamu akan tetap setia di sisi kamu. Kamu memiliki daya konsentrasi tinggi dalam bekerja dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi wawasan diri. Tetapi sekiranya ada konflik melanda, kamu terlalu mudah melatah! Ada kalanya kamu seakan cuba lari dari berhadapan dengan masalah... kamu tiada
inisiatif untuk cuba menyelesaikannya.

KANDUNGAN COKLAT?

Almond
Keperibadian yang dinamik. Kamu akur pada perubahan. Kejayaan adalah matlamat utama dalam agenda kehidupan kamu. Kamu juga tergolong antara individu yang gemar menolong. Biasanya masalah teman-teman dan keluarga mampu kamu selesaikan. Walau bagaimanapun kamu perlu berhati-hati memberikan perhatian terhadap individu yang memerlukan itu kerana dikhuatiri kamu akan memberi perhatian secara berlebihan.

Karamel cair
Kamu yang dan percaya pada kemampuan diri sendiri. Tanpa banyak bicara, semua tugasan yang kamu perlu selesaikan pasti berjaya direalisasikan dengan baik. Selain itu, kamu juga seorang yang murah hati. Kamu gemar berbelanja dan gemar menawar diri untuk membuat kerja-kerja amal. Kamu juga dikategorikan antara individu yang rambang mata terutama ketika membeli belah.

Karamel keras
Selain pandai menjaga hubungan dengan orang lain, kamu juga seorang yang berdisiplin dan jujur. Istilah terlambat memang tidak termaktub dalam kamus hidup kamu. Bagi kamu masa adalah wang. Kamu hidup untuk bekerja, semua yang diraih adalah hasil kerja keras kamu. Sayangnya kamu sering tidak menghiraukan pendapat orang lain yang kadang kalanya boleh diterima pakai.

Hazelnut
Kamu adalah pencinta alam. Keharmonian alam yang terjaga membuatkan fikiran kamu tenang. Sayangnya, kerana kamu terlalu dekat dengan alam membuatkan kamu menjadi seorang yang pemalu. Tidak hairanlah bila kamu sering dikata pemalu oleh teman-teman.

Kacang tanah
Bagi kamu, semua perkara dalam hidup ini tidak perlu dibuat susah. Kamu sudah cukup bahagia dengan hidup kamu. Sayangnya, kadang-kadang kamu akan berasa kesepian di dunia kecil yang kamu ciptakan sendiri. Cubalah sesekali meluangkan masa dengan teman-teman lain. Pasti kehidupan kamu akan menjadi lebih bermakna.

Pudina
Hari esok harus dihadapi dengan semangat tinggi. Kamu sangat yakin dengan apa yang kamu lakukan. Kamu adalah individu yang tidak pernah ketandusan idea. Kamu tidak pernah membataskan kehidupan kamu dengan peraturan, melainkan kamu yang buat sendiri.

20 June 2011

Lolichoc Orked!!

hurm...lolichoc nie bukannya namanya "orked" tp lolichoc untuk besday party Orked . Satu nm yg unik....
jom kita tgk siapakah gerangan si Orked nie =)



comey kan....... meh kita tgk besday gurl dia pulak
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- jeng..jeng...jeng



comey sgtssss!!! *kiss for Orked

19 June 2011

KembaLi!!

Setelah bercuti untuk selesaikn urusan peribadi, kini masa untuk running semula Bestie Homemade Choco!! yeahhhh.....

Dalam masa bercuti sempat juga menerima beberapa tempahan, frust juga xsempat ambil gambar, mujur ada juga customer yg berbaik hati mengirim gambar tempahan untuk di paparkan :)




TQ 2 Andy dari Cheras!! :)

14 May 2011

Mahukan yg murah??? meh tgk cni!!

Hebat!! diskaun 5%-10% untuk pakage "DOOR GIFT". sangat menjimatkan!! sesuai untuk majlis perkahwinan, majlis pertunangan, birthday party, dan lain-lain majlis..

Klass gitu !!    


Cute!! hadiah istimewa buat sang kekasih~







besday gift untuk yg tersayang.... sama tp tdak serupa :)

30 April 2011

Chocolate homemade with "Bake with Yen"

Kan da berterabur tajuk 2.....len kali bagi simple la skit nama kedai 2, cam "Bestie" nie ha..short and sweet :) hhahaha..very the!!

(^_^)v Kalu penggemar, peniaga kuih, kek & coklat mesti sgt2 familiar dengan kedai nie...
barang yg di perlukan untuk membuat kek,coklat dan kuih boleh di katakan agak lengkap la dan yang paling penting MURAH .....naik juling bijik mata tgk barang2 dia....best!! heee......

                                                 
                            Bandar Puteri ,Puchong 

Tp, sedang mencari pembekal bahan-bahan bakeri yang lain di sekitar KL, ada sesapa yg tahu lagi x??

26 April 2011

smarties pLain chocolate!!






Tempahan daripada cik Sara utk sahabatbaiknya!! 
design smarties adalah daripada cik sara sendiri.....cute-cute gitu ;) tQ Sara~

Sample coklat raya!! cooming soon.... nntkan promosi coklat raya.




mencari idea utk coklat raya!!

20 April 2011

chocolate box 35pcs




tempahan dari adik Nisa -uitm shah alam....
Hope u're satisfied & sudi tempah lg di laen mse!!!TQ very MUCH!!!:)

04 April 2011




my 1st choco box untuk hantaran......
wawa!!! gudddd job...tp still kena improvedkan kualiti...

17 March 2011

tempahan untuk VIP door gift

Tempahan diterima dari kakcik (Mergong,Kedah) untuk majlis perkahwinannya pada 19/3/2011 sebanyak 100 kotak....
Alhamdulillah, tempahan dpt disiapkan dalam msa yg singkat dan akan dihantar esok (18/3/2011) ke rumah kakcik d taman mutiara,Mergong.




14 March 2011

tempahan bulan 3/2011

Dengan bantuan adik ika (student UPNM), bisnes coklat ida & wawa mendapat sambutan drpd student2 di situ....thanks a lot to adik ika...=)

Ini antara tempahan yg kami terima...hope ada lg tempahan tuk next time!!! :-)









17 February 2011

coklat owh.... coklat

Antara kelebihan coklat :
  • Membantu meningkatkan daya hafalan & menguatkan daya memori
  • Membantu memulihkan saraf yang letih
  • Melambatkan proses penuaan
  • Membantu meningkatkan kemampuan mengatasi tekanan
  • Membantu menajamkan mata dan minda
  • Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

13 February 2011

Jenis Coklat Paling Sehat

Banyak jenis coklat yang tersedia di pasaran. Ada yang harganya mahal, ada pula yang harganya murah. Apa saja pebezaannya? Berikut ini perbandingan jenis coklat dan manfaat masing-masing.

  • Dark Chocolate
         Dark Chocolate memiliki kandungan biji coklat (kakao) yang paling   
         tinggi iaitu paling sedikit 70% mengandung kakao. Darkchocolate
         memiliki kandungan kakao atau biji cokelat terbanyak, tanpa banyak
         gula dan tanpa lemak jenuh atau minyak sayur terhidrogenasi (HVO).
  • White Chocolate
         Sedangkan white chocolate hanya memiliki 33% kandungan coklat 
         atau kko, bakinya adalah gula, susu dan vanila. Kandungan gula inilah 
         yang dapat memberikan efek negatif, seperti kerosakan gigi dan  
         penyakit diabetes


  • Milk Chocolate atau Coklat Susu
        Milk chocolate atau coklat susu merupakancampuran koko dengan      
       susu dan ditambah gula. Coklat jenis ini juga sangat digemari kerana
       rasanya yang sedap

Info daripada :
http://kumpulan.info/sehat/artikel-kesehatan/48-artikel-kesehatan/161-cokelat-membuat-hidup-lebih-http://kumpulan.info/sehat/artikel-kesehatan/48-artikel-kesehatan/161-cokelat-membuat-hidup-lebih-sehat.html


11 February 2011

baik untuk jantung?!!

Koko adalah makanan yang kaya dengan antioksida flaranoids yang dapat mengurangkan risiko athersclerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripadakoronari jantung.

Coklat kosong atau gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Anggaran 100gram coklat kosong menyumbang 23% zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.

09 February 2011

Hantaran utk aLong... (coklat box)

Baru-baru nie kami ada buat coklat khas utk hantaran perkahwinan cousin eda, jom tgk =)








hehehe.... i loike!! credit to wawa coz berjaga besama eda sampai tgh malam.

ok keseluruhan coklat box 2 kami menggunakan milky coklat dan campuran white coklat bersama oil base colour utk mewarnakan corak bunga dan reben :) sweet...sweet!!

Manakala coklat-coklat berbentuk huruf kat dalam box 2 pulak adalah coklat oreo hancur (crush oreo chocolate)...urmmm,sodap!!suma pon sweet-sweet mcm eda & wawa.(eh yeke sweet??)

Nie dikatakan coklat box pertama dari kami, nampak la tak perfect 100%,tp.... kami dah tahu teknik yg betul~yeahhhhh,so nantikan hasil seterusnya!!

07 February 2011

coklat bukan penyebab kegemukan

percaya atau tidak?!!hehhehe.... jom share fakta nie~

"Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan.

Coklat bukanlah penyebab kegemukan kerana zat di dalam pes koko dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak. Kegemukan terjadi apabila pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan."

- petikan dari buku "TEROKAI RAHSIA COKLAT BERSAMA CHEF AMER"